Saturday, 23 November 2013
Memilih itu perlu, Bukannya terlalu.....
Cakap ja ciri-ciri idaman hati, standard semua nak yang terbaik. Siap set dalam minda nak yang mengambil berat, memahami, menyayangi, beriman, standardlah katakan.
Dalam Islam sendiri, tiada halangan untuk kita memilih yang macam mana kita inginkan. Baginda Rasulullah s.a.w dalam sabdanya bermaksud :
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin yang dikatakan adalah buat lelaki, namun buat wanita pun secara kiasnya berpandukan ini juga. Memilih yang beragama itu yang terbaik buat kita.
Pesan Nabi s.a.w “Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas” (Riwayat Tirmizi)
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik” (Riwayat Ibnu Majah)
Tapi tak salah kalau mata juga inginkan kecantikan, keturunan mahupun harta, tapi mereka yang punya agama lebih memudahkan urusan dunia dan akhirat.
Sebab itu memilih memang perlu. Jadi, yang terlalu memilih ni macam mana?
Nak kampung dekat-dekat? Kerja tertentu? Rupa paras itu ini?
Itu masih tahap memilih, sebab semua nak yang terbaik buat dirinya kan. Mungkin kerana faktor-faktor tertentu menyebabkan keperluan memilih sedemikian rupa.
Terlalu memilih ini adalah yang mana kita terlalu inginkan kesempurnaan. Semua mengikut apa yang kita mahukan. Tak ada cacat celanya. Dan mereka sedemikian rupa yang tergolong dalam orang-orang yang rugi.
Wah, ikut sedap mulut jak cakap macam tu, hehe. Bukan apa, yang terlalu memilih ni, yang tak tahu bersyukur. Dah jumpa yang bagus, oleh sebab hanya slack sikit sahaja, sudah kita reject.
Ingatlah, kita pun ada kekurangannya. Janganlah mencari kesempurnaan, kerana itu yang merugikan. Terima sesuatu seadanya, bila dah memilih, doa dan tawakal menjadi senjata.
Apapapun, nak terbaik, jadilah yang terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment